Berdentum kepala terhantuk tiang ketika rakam ‘content’

TUM

AKSI berbahaya seorang gadis ketika cuba merakam kandungan untuk media sosial pada 5 Ogos lalu. – AGENSI

BANGKOK – Seorang gadis cedera di kepala selepas melanggar tiang semasa terjuntai di pintu gerabak kereta api yang sedang bergerak  ketika cuba merakam kandungan untuk media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.

Insiden pada 5 Ogos itu mencetuskan kebimbangan keselamatan yang serius.

Remaja berusia 19 tahun itu sedang merakam kandungan dengan terjuntai dan bersandar keluar dari gerabak, mengakibatkan kepalanya terlanggar tiang. 

Kemalangan itu menyebabkan dia terjatuh ke platform di stesen kereta api Phatthalung. 

Kemalangan berlaku pukul 3.15 petang  ketika kereta api tempatan bernombor 452 meninggalkan stesen Phatthalung dalam perjalanan dari Sungai Golok menuju Nakhon Si Thammarat.

Ketua Pejabat Gabenor Kereta Api Negeri Thailand, Ekarach Sriarayaphong mengesahkan kejadian itu. 

Beliau berkata, kelajuan kereta api yang rendah pada masa kejadian mungkin mengurangkan tahap kecederaan mangsa.

Penumpang itu segera dibawa ke Hospital Phatthalung untuk mendapatkan rawatan.

Laporan awal hospital menunjukkan dia mengalami kecederaan ringan di jari dan bengkak di kepala. 

Ujian X-ray otak  mendapati terdapat benjolan di kepala pesakita tetapi tiada luka dalaman. 

Doktor kemudian membenarkannya pulang ke rumah, kata Ekarach. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *