Datuk Micheal Tiang Ming Tee
SIBU, 8 April (Iteenews) — Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak memperuntukkan sebanyakRM200,000 setiap tahun bagi tujuan menaik taraf kemudahan dan penyelenggaraan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah di sini.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan SarawakDatuk Michael Tiang Ming Teeberkata kementerian itu juga turutmerancang menyediakan kemudahan perumahan mampu milik berhampiran balai berkenaanbagi memberi peluang anggota bomba memiliki kediaman sendiri.
“Anggota bomba perlu diberi peluang memiliki rumah mampu milik kerana mereka berkhidmat kepada komuniti dengan penuh komitmen dan mesti diberikan keutamaan,” katanyakepada media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 1446H/2025Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Sarawak di BBP Sungai Merah malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Othman Abdullah serta Pengarah JBPM SarawakJamri Masran.
Dalam pada itu, Tiang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata kemajuan pesat yang dinikmati Sarawak ketika ini didorong oleh semangat perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Beliau berkatameskipun rakyat Sarawak datang daripada latar belakang yang berbeza dari segi kaum, agama dan budaya namun perbezaan itubukan penghalang untuk menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan mesra.
“Anda boleh lihat bagaimana Sarawak berkembang hari ini kerana kami menghargai budaya berbeza antara satu sama lain dan hari ini kita meraikan hari raya bersama rakan-rakan Muslim kita di Sarawak dan bersama-sama menikmatinya,” tambahnya.
— BERNAMA