Panasonic Sumbang e-Baucar Bernilai RM120,000 Sokong Mangsa Kebakaran Di Putra Heights

c41367612d56b450860a720b76fca5fb67f0afea6e1c2Kredit: Panasonic Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 April(Iteenews) — Panasonic Malaysia Sdn Bhd memperuntukkan e-baucar bernilai RM120,000 sebanyak RM500 setiap satu kepada 240 keluarga yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini bagimembolehkan mereka membeli peralatan rumah baharu.

Syarikat itu menerusi satu kenyataan hari ini berkata sumbangan tersebutmencerminkan keprihatinan dan komitmen Panasonic membantu keluarga yang terjejas untukbangkit kembalidan membina semula kediaman mereka.

"Setiap isi rumah yang terkesanakan menerima e-baucar Club Panasonic bernilai RM500, yang boleh digunakan untuk membeli mana-mana produk Panasonic dan sah sehingga 31 Dis 2025.

"Ini memberi masa yang mencukupi kepada penerimauntuk memilih peralatan penting yang paling sesuai dengan keperluan mereka," katanya.

Panasonic Malaysia akan bekerjasama rapat dengan pejabat kerajaan negeri Selangor dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han untuk menyediakan e-baucar kepada keluarga yang terjejas.

— BERNAMA