Kebakaran paip gas: Mangsa PPS meningkat kepada 379 orang

PPS MASJID PUTRA HEIGHTS MANGSA

Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights terkini adalah seramai 379 orang daripada 97 keluarga.

SUBANG JAYA – Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights terus meningkat pada hari ini iaitu 379 mangsa daripada 97 keluarga berbanding 374 mangsa daripada 95 keluarga tengah malam tadi.

Berdasarkan jumlah yang dipaparkan di PPS berkenaan setakat pukul 8 pagi ini melibatkan 133 mangsa lelaki dewasa, wanita dewasa (137), kanak-kanak lelaki (62) dan kanak-kanak perempuan (51).

Manakala bagi bayi lelaki seramai empat mangsa, bayi perempuan (dua), warga emas lelaki (19) dan warga emas wanita (18).

Orang kelaninan upaya lelaki melibatkan 14 individu manakala perempuan empat mangsa. – https://amiminerals.org/