NEW DELHI – Seorang bilionair farmaseutikal India akan membawa kira-kira 4,500 pekerja ke Vietnam pada akhir bulan ini, lapor portal berita tuoi tre news hari ini.
Para pekerja itu akan melawat tiga kawasan utara Vietnam, termasuk Hanoi, Wilayah Ninh Binh dan Teluk Ha Long di Wilayah Quang Ninh.
Perjalanan itu akan ditaja oleh Sun Pharmaceutical Industries Limited, sebuah syarikat farmaseutikal multinasional berpangkalan di India dan diasaskan oleh Dilip Shangvi, salah seorang bilionair terkaya di negaranya.
Kakitangan Sun Pharmaceutical akan tiba di Vietnam dalam satu siri kumpulan kecil antara 27 Ogos hingga 7 September depan dan mengikuti jadual perjalanan yang telah dirancang sebelumnya.
“Setiap kumpulan akan melawat Hanoi terlebih dahulu, diikuti oleh Ninh Binh dan Teluk Ha Long,” pengarah pemasaran agensi pelancongan Vietravel, Nguyen Nguyet Van Khanh.
Beliau berkata, para pekerja itu akan menikmati penginapan di hotel empat dan lima bintang di setiap destinasi. – AGENSI