Pemain ping pong menang di Olimpik Paris dapat hadiah emas 6 kilogram

Screenshot 2024 08 15 22 08 18 657 edit com.android.chrome

BEIJING – Pemenang pingat emas ping pong wanita, Cheng Meng mendahului ganjaran wang tunai dalam kalangan atlet China pada Olimpik Paris 2024 apabila dia mendapat bonus durian runtuh termasuk emas seberat 6 kilogram, lapor laman berita VNExpress hari ini

Menurut akhbar China Business Daily, Chen Meng dijangka menerima bonus berjumlah AS$525,000 (RM2.32 juta) kerana memenangi dua pingat emas dalam kategori single wanita dan acara berpasukan ping Pong wanita.

Sebahagian besar bonus itu diberikan oleh taikun hartanah, Guo Bin. Beliau merupakan suami kepada pemenang pingat emas Olimpik Athens 2004,  Wang Nan.

Menjelang final acara single wanita di Paris,  Guo menyiarkan kenyataan menjanjikan 6 kilogram emas kepada pemenang.

Chen menewaskan rakan senegara, Sun Yingsha dalam perlawanan tersebut. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *