PETALING JAYA – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, sumbangan tersebut tanda keprihatinan pihaknya terhadap mangsa kebakaran tersebut.
Menurutnya, pihaknya komited untuk meringankan beban mangsa yang terjejas sekali gus membantu mereka menghadapi masa yang mencabar ini.
“Sumbangan segera ini bertujuan memberikan bantuan kecemasan kepada mereka yang amat memerlukan.
“Selain itu, kami komited untuk membantu pelanggan dengan mempercepatkan proses tuntutan tanpa memerlukan laporan polis bagi pelanggan yang layak untuk memastikan mereka menerima bantuan yang diperlukan tanpa sebarang kelewatan,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, Takaful Malaysia memahami kesukaran yang dihadapi pelanggan dan menganggapnya bantuan dihulurkan sebagai tanggungjawab sebagai penyedia perlindungan takaful.
“Komitmen ini membuktikan kami sentiasa bersama pelanggan ketika mereka memerlukan bantuan dan sokongan,”ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut menyediakan talian bantuan tuntutan khas bagi mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan demi kemudahan pelanggan.
Katanya, bagi tuntutan bukan motor, pelanggan boleh menghubungi 012-9271686 atau 017-328 3543 sementara bagi tuntutan motor, mereka boleh mendapatkan bantuan segera melalui talian 1800-888-788 atau menghubungi nombor alternatif 016-354 1991 atau 019-629 2680.
“Kami berharap semua pihak akan terus mendoakan mangsa yang terjejas, serta memberi sokongan kepada mereka yang memberikan bantuan,”ujarnya. – https://amiminerals.org/