65 Peratus Muslim Malaysia Pilih Produk Perbankan, Pelaburan Patuh Syariah

ffa72b54e2d42812a1f265d0f7fdc390639c0d0cb57c6

KUALA LUMPUR, 15 Ogos(Iteenews) — Kira-kira 65 peratus umat Islam Malaysia akan memilih produk-produk perbankan dan pelaburan yang patuh syariah, menurut kaji selidik Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB).

Sehubungan itu, hasil kaji selidik berkenaan memberi peluang kepada bank untuk memanfaatkan pasaran yang semakin meningkat dalam menawarkan pendekatan pengurusan kekayaan yang komprehensif sejajar dengan prinsip-prinsip kekayaan Islam, kata Ketua Pegawai Eksekutif HLISB Dafinah Ahmed Hilmi dalam satu kenyataan hari ini.

“Dalam perbankan Islam, pelaburan bukan sahaja untuk mengembangkan kekayaan peribadi anda, tetapi ia berfungsi sebagai komponen penting dalam ekosistem pengurusan kekayaan Islam, kaedah hujung ke hujung yang menangani penciptaan, pengumpulan, pengedaran, pemeliharaandan penyucian kekayaan.

“Dibangunkan berdasarkan nilai-nilai Islam dan prinsip syariah, pendekatan komprehensif ini secara aktif menggalakkan altruisme dan tanggungjawab sosial, memastikan risiko dan keuntungan dikongsi antara mereka yang memerlukan dan mereka yang ada lebihan,” katanya.

Kaji selidik olehHLISB melibatkan 690 orang Islam Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, yang kebanyakannya mencatatkan purata pendapatan isi rumahdi bawah RM10,000 sebulan.

Selain itu, bank berkenaan melaporkan 47 peratus umat Islam Malaysia mengakui melaburmelalui tiga pilihan utama iaitu dana-dana Amanah Saham Nasional Bhd, simpanan Tabung Haji dan komoditi emasdiikuti pelaburan dalam bursa saham dan akaun simpanan berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun, ia berkata 77 peratus daripada responden tidak mempunyai rancangan kewangan yang didokumenkan, walaupun 84 peratus daripada mereka mempunyai keinginan untuk menjadi kaya.

Sementara itu, Ketua Syariah HLISB Akmal Solihi Mohd Yazid menekankan pentingnya pengurusan kekayaan Islam dan bagaimana bank itu mahu membantu pelangganmemanfaatkan potensi sepenuhnya.

“Dalam Islam, pemilikan, perbelanjaan dan pemeliharaan kekayaan perlu dilakukan dengan betul dan bertanggungjawab, berpegang kepada prinsip-prinsip Islamyang menyebabkan cendekiawan Islam kontemporari mencipta satu set garis panduan bagi memastikan keseluruhan usaha dalam mencari kekayaan mematuhi peraturan Islam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *