Proton Sasar Jual 2,000 Unit Model X70 2025 Sebulan

e6dc76b462ad9b9bbd9ebd97aa7c18ca6669a27aa8da1Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah

PUTRAJAYA, 15 Ogos (Iteenews) — Proton Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual model terbaharu,ProtonX70 2025 sehingga 2,000 unit setiap bulan berikutanpermintaan kukuh untuk model semasa.

Timbalan Ketua Pegawai EksekutifnyaRoslan Abdullah berkata Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.

"Untuk Proton X70 2025, kami menyasarkan angka jualan dalam julat yang sama, lebih 1,000 dan sehingga 2,000 unit berdasarkan peningkatan dan harga kompetitif yang kami perkenalkan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Proton terbaharu itu.

Roslan berkataselain daripada pasaran sedia ada, Protonjuga merancang untuk mengeksport model itu ke lebih 10 negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata pelancaran Proton X70 2025 menandakan kejayaan baharu dalam perkongsian Proton-Geely.

"Dengan begitu banyak kejayaan dalam tempoh 18 bulan lepas…pelancaran Proton X90 dan X70, pengenalan kenderaan elektrik, pembukaan pusat penyelidikan dan pembangunan di China dan pelancaran e.MAS, Protonmencatat pelbagai kejayaansejak pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Protonpada 2018," katanya.

SUV segmen B Proton (versi terbaharu yang dipertingkatkan) boleh didapati dalam varian Standard, Executive, Premium dan Premium X padaharga antara RM98,800 hingga RM126,800.

Sempena pelancaran itu, Proton menawarkan sehingga RM23,500 ciri-ciri nilai tambah tanpa kos tambahan untuk 3,000 pelanggan pertama mendaftar pembelian Proton X70 2025.

Model baharu itudilengkapi dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data lima tahun dengan satu gigabait (GB) sebulan dan enam kali perkhidmatan buruh secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *