KUALA LUMPUR, 2 April (Iteenews) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akanbekerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk menyalurkan sokongan yang bermakna kepada keluarga yang terkena impak akibat kebakaran gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.
Syarikat minyak negara itu melalui satukenyataan berkata anak syarikattersenarainya, Petronas Gas Bhd, yang memiliki saluran paip yang terjejas, akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan untuk menilai impak penuh kejadian itu.
Pada masa yang sama, kumpulan itu juga secara proaktif mengambil semua langkah yang diperlukan bagi menjamin keselamatan bekalan gas.
“Untuk tujuan ini, pasukan berkaitan sedang bekerja keras untuk mengurangkan gangguan, melaksanakan pelan kontingensi termasuk memulihkan operasi dengan selamat serta efisien, denganpenyelarasan bersama pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan.
“Seperti yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke lokasi insiden itu, kami akan menyelaraskan secara aktif dengan kementerian-kementerian yang berkaitan serta agensi -agensi negeri dan persekutuan bagi memastikan usaha bantuan dilanjutkan dan sokongan bermakna digunakan dalam masa yang sangat sukar ini,” katanya
Petronas menegaskan keutamaan sekarang ini adalah memastikan keselamatan orang ramai termasukmemenuhi komitmennya untuk membantu mereka yang terkena dampakdan memelihara keselamatan bekalan gas sambil menyiasat penyebab kejadian itu.
Ia juga mengesahkan bahawa ketiga-tiga stesen petrol berhampiran sekitar insiden itu, PS Putra Heights, PS KM2 LDPdan PS Putra Bestaritelah meneruskan operasi berikutan pelepasan dari pihak berkuasa yang berkaitan.
“Walaupun stesen-stesen ini tidak terjejas secara langsung, mereka ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga selaras dengan protokol keselamatan kami dan dibuka semula selepas penilaian keselamatan menyeluruh selesai.” katanya.
Petronas menegaskan komitmennya yang berterusan untuk keselamatan dalam semua operasinya dan akan terus memberikan kemas kini dari semasa ke semasa apabila maklumat lebih banyak tersedia.