Eksport Dari Lapan Negeri Naik Kepada RM71.6 Bilion Pada Februari – DOSM

b0c11032cab1484445417cc6ea0ac6dc67e65095b8802Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mac(Iteenews) — Eksport dari lapan negeri meningkat kepadaRM71.6 bilion pada Februari 2025, menyumbang kepada jumlah keseluruhan eksport Malaysia sebanyak RM118.3 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keseluruhan eksport meningkat sebanyak RM6.9 bilion (6.2 peratus) berbanding bulan yang sama pada 2024.

Peningkatan itu didorong oleh eksport yang lebih tinggi dari Pulau Pinang(RM9.3 bilion), Selangor (RM1.3 bilion) dan Melaka (RM656.2 juta).

Negeri-negeri lain yang merekodkan pertumbuhan eksport termasuk Sabah(RM623.1 juta), Perak (RM411.1 juta), Kelantan (RM165.5 juta), Perlis (RM29.3 juta) danWilayah Persekutuan (WP)Labuan (RM21.5 juta).

Sementara itu, jumlah eksport Sarawak merosot sebanyak RM3.0 bilion,Kedah (RM900.3 juta), Pahang (RM777.5 juta), Terengganu (RM491.0 juta), WP Kuala Lumpur (RM323.7 juta), Negeri Sembilan (RM152.2 million) danJohor (RM3.9 juta).

“Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama, iaitu sebanyak 34.2 peratus, diikuti olehJohor (19.8 peratus), Selangor (18.2 peratus), Sarawak (7.4 peratus) dan WP Kuala Lumpur (3.8 peratus),” kata Mohd Uzir dalam satu kenyataan.

Import pada Februari 2025 menaik sebanyak 5.5 peratus kepada RM5.5 bilion berbanding bulan yang sama pada 2024, didorong oleh jumlah import lebih tinggi diPulau Pinang (RM3.2 bilion), Selangor (RM2.1 bilion), Melaka (RM1.3 bilion), Perak (RM764.1 juta), WP Kuala Lumpur (RM674.8 juta), Johor (RM324.6 juta) danKelantan (RM81.9 juta).

Bagaimanapun, import Negeri Sembilan menyusut sebanyak RM1.2 bilion, Kedah (RM714.4 juta), Sarawak (RM389.7 juta), Pahang (RM360.1 juta), WP Labuan (RM272.7 juta), Sabah (RM121.6 juta), Terengganu (RM52.9 juta) danPerlis (RM8.7 juta).

Selangor kekal sebagaipengimport utama di Malaysia dengan jumlah keseluruhan import sebanyak 25.9 peratus, diikuti olehJohor (23.5 peratus), Pulau Pinang (22.9 peratus), WP Kuala Lumpur (8.1 peratus) dan Kedah(4.6 peratus).