Tengku Zafrul ucap takziah pemergian Hadzri Effendy

Tengku Zafrul

Tengku Zafrul bergambar kenangan bersama Allahyarham Hadzri ketika merasmikan persidangan Sayap UMNO Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang pada 30 Jun lalu.

PETALING JAYA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengucapkan takziah di atas pemergian Ketua Pemuda UMNO Bayan Baru, Hadzri Effendy.

Tengku Zafrul melalui laman sosial Facebooknya berkata, beliau terkejut dan sedih mendengar berita pemergian Allahyarham Hadzri.

“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Baharu sahaja kami bertemu tempoh hari semasa saya merasmikan persidangan Sayap UMNO Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang pada 30 Jun lalu.

“Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut mendoakan agar ahli keluarga tabah dan kuat menghadapi ujian besar ini.

“Marilah kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *