Southern Score Builders Cadang Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama

fe1f9ecefbfa73b3fc75282edb5eeae86787996e5059fSouthern Score Builders

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Iteenews) –Southern Score Builders Bhd yang tersenarai di PasaranACE mencadangkan pemindahan penyenaraian sertakeseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Syarikat tersebut berkata, pemindahan yang dicadangkan melibatkan keseluruhan modal saham terbitannya sebanyak RM373.50 jutayang terdiri daripada 2.27 bilion saham biasa.

Dalam makluman kepadaBursa Malaysia hari ini, syarikat ituberkata pemindahan yang dicadangkan akan menjadi bukti pertumbuhan, keuntungandan pengukuhankewangan kumpulan.

Ia juga akanmeningkatkan profil korporat, kredibilitidan reputasinya selainmemberikan pengiktirafan dan pengikut yang lebih besar dalamkalangan pelabur institusi.

“Iniseterusnyadijangkameningkatkan mudah tunaidan kebolehpasaran saham Southern Score Builders,” kata syarikat tersebut.

Southern Score berkata, sejak melengkapkanpengambilalihan berbalik pada 9 Nov,2022, permodalan pasaran kumpulan itu meningkat daripada RM534.06 juta pada 28 Feb,2023, dua tahun sebelum tarikh bolehpraktikterkini (LPD)kepada RM1.09 bilion pada LPD.

Ini sekali gusmencerminkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun yang kukuh sebanyak 42.92 peratus.

Di bawah proses pemindahan yang dipercepatkanSuruhanjaya Sekuriti yang baharu, syarikattersenarai di Pasaran ACE mesti mengekalkan permodalan pasaran harian sekurang-kurangnya RM1 bilion sejakenam bulan lepas dan memenuhi syarat keuntungan Pasaran Utama.

Southern Score berkata pemindahan yang dicadangkan itu juga dijangka memberikan keyakinan yang lebih besar kepada rakan perniagaan, pekerja, pemegang sahamdan pemberi pinjaman/jurubank kerana profilnya yang dipertingkatkan sebagai syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama.