Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar
KUALA LUMPUR, 26 Mac(Iteenews) –Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengguna pakai pendekatan berasaskan data dalam menilai kesan perkembangan ekonomi terhadap inflasi dan pertumbuhan, kata Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar.
Walaupun beberapa bank pusat baru-baru ini mula menurunkankadar faedah dasar, tetapi dasar monetari BNM kekal berpandukan kepada keadaan ekonomi yang mengkhususkan Malaysia, katanya.
"Kami sedar apa yang dilakukan oleh bank-bank pusat yang lain, tetapi tumpuan utama kamiapabila menentukan dasar monetari adalah prospek untuk pertumbuhan dan inflasi dalam ekonomi kami sendiri," katanya dalam Ucapan Gabenor BNM 2025 mengenai Ekonomi Malaysia dan Sesi Perbincangan Panel, yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia.
Marzunisham menekankan bahawa beberapa kejutan bekalan boleh memberi kesan deflasi ke atas pertumbuhan, dan ia boleh berlaku disebabkan faktor luaran dan domestik, seperti gangguan dalam rantaian bekalan global atau perubahan dasar di Malaysia.
"Sebagai contoh, jika kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga petrol RON95 atau merasionalisasikan subsidi bahan api, ini merupakan kejutan bekalan. Dalam kes seperti ini, harga kemungkinan akan diselaraskan dengan sewajarnya," kata beliau.
Menguruskan kejutan itu memerlukan keseimbangan yang teliti dalam dasar monetari, dengan mengambil kira pelarasan harga dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
"Kewajaran dalamdasar monetari konvensional mencadangkan supaya bank pusat secara amnya harus mengabaikan kejutan bekalan, terutamanya apabila ia bersifat sementara dan tidak memberi kesan kepada jangkaan inflasi bagi jangka panjang," katanya.
Marzunisham berkatasejak 2019, pertumbuhan gaji nominal di Malaysia tidak seiring dengan kenaikan harga hingga menyumbang kepada cabaran kos sara hidup yang berterusan.
Sebagai contoh, beliau berkatagaji nominal bagi setiap pekerja hanya meningkat secara kumulatif sebanyak tujuh peratus, manakala dalam tempoh berkenaan, harga barangan keseluruhan meningkat sebanyak 9.3 peratus. Makanan, khususnya, meningkat 17.4 peratus.