Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias
Oleh Amanina Mohamad Yusof
PUTRAJAYA, 26 Mac (Iteenews) — Nama Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti, dan Nurul menjadi nama yang paling banyak didaftarkan dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat ini.
Ketua Pengarah JPNBadrul Hisham Alias berkatanama-nama itu sering menjadi pilihan ibu bapa kerana ia secara tidak langsung melambangkanidentiti Islam dan bangsa Melayu.
"Nama-nama seperti Muhammad, Abdul, Nur, dan Siti ini biasanya diikuti dengan nama kedua. Lazimnya, ibu bapa akan mendapatkan nama daripada sumber rujukan seperti buku nama bayi, laman web keibubapaan, al-Quran, hadis serta pakar bahasa sebelum membuat keputusan," katanya kepada Iteenews.
Beliau berkata trend pada masa ini menunjukkan ibu bapa cenderung menamakan anak mereka dengan nama yang bukan sahaja sedap disebut dan mudah diingat, tetapi juga membawa makna indahdan positif.
Badrul Hisham berkata nama berunsur Islamik dan Arab seperti Aisyah, Maryam dan Rayyan juga masih menjadipilihan utama ibu bapakini kerana ia membawa maksud yang baik.
Selain itu, beliau berkata ejaan nama turut mengalami perubahan dengan nama-nama klasik, seperti Amir dieja sebagai Ameer atau Zahra sebagai Zara untuk tampak lebih moden.
Dalam pada itu, beliau berkata dalam rekod JPN, nama terpanjang mengandungi 15 patah perkataan manakala nama paling pendek pula hanya mengandungi dua abjad.
Bagaimanapun, dalam keterujaan memilih nama anak, Badrul Hisham menasihati ibu bapa untuk sentiasa merujuk kepada pihak JPN sebelum membuat keputusan mendaftarkan nama anak merekasekiranya terdapat kekeliruan.