Dua RUU Berkaitan Ekonomi Diluluskan Di Dewan Rakyat, Dewan Negara

92c41a93b4cd98eea9be7cbdf0946b5d63835781e20ad

KUALA LUMPUR, 26Mac (Iteenews) — Persidangan Mesyuarat PertamaPenggal KeempatParlimen Ke-15 yang melabuhkan tirainya semalam, menyaksikan duaRang Undang-Undang (RUU)berkaitan ekonomi diluluskan selepas bersidang selama 12 hari.

Dewan Negara yang mula bersidang pada 2 Mac lepas, meluluskanRUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025 di bawah Kementerian Kewangan dan RUU Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon(CCUS) 2025 di bawah Kementerian Ekonomi.

RUUPerbekalan Tambahan (2024) 2025 dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizandiluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 12 AhliDewan Negara.

RUU tersebut melibatkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan perkhidmatan untuk 2024.

RUU CCUS2025 diluluskan pada hari terakhir persidangan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, bertujuan memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekonomi negara.

Antara RUU lain yang diluluskan ialahRUUMajlis Media Malaysia 2024 (MMM 2024) dan RUU BERNAMA (Pindaan) 2024 di bawah Kementerian Komunikasi dan RUU Kumpulan Wang YTAR (Pindaan) 2025 di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Antara tumpuan persidangan kali ini adalah kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewanganke Dewan Negara bagi bacaan kali kedua RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 pada 20 Mac.

Perdana Menteri turut menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai pencapaian dan keberkesanan fungsi serta komposisi lembaga pengarah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang menetapkan standard pencapaian dan integriti dalam operasi pelaburan serta perkhidmatan.

Pada persidangan Dewan Rakyatyang bermula pada 3 Februari lepas, Dewantelahmeluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja danusul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 serta beberapaRUU.