Ketua Pegawai Operasi US Pizza, Deric Yeo(tiga kiri) bersama Editor Eksekutif (Perkhidmatan Berita) Iteenews Mohd Haikal Mohd Isa(tengah) semasa program pengagihan pek juadah berbuka puasa kepada petugas Iteenews di Wisma Iteenews. Turut kelihatan, Timbalan Editor Eksekutif I Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) , Elmi Rizal Elias (kanan).
Ketua Pegawai Operasi US Pizza, Deric Yeo pada program pengagihan pek juadah berbuka puasa kepada petugas Iteenews di Wisma Iteenews.
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Iteenews) — Rangkaian piza tempatan terbesar di Malaysia, US Pizza menyasarkan pembukaan 42 cawanganbaharu di seluruh negara pada tahun ini bagi mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan.
Ketua Pegawai Operasi US Pizza Deric Yeo berkata rangkaian restoranmakanan segera itu turut merancang memperkukuhkehadirannya di pasaran Indonesia dan Singapura.
“Setakat suku pertama tahun ini, syarikat telah berjaya membuka lima hingga enam cawangan baharu di sekitar Lembah Klang dengan 15 lagi dalam peringkat perancangan dan perjanjian sewaan.
“Sementara itu, di Singapura pula, kita telah membuka kira-kira tiga cawangan dalam tempoh dua bulan tahun ini dan menyasarkan untuk membuka lapan lagi, manakaladua cawangan di pasaran Indonesia akhir tahun ini,” katanya kepada Iteenewspada program Agihan Berbuka Puasa kepada kira-kira 200 pertugasdi Wisma Iteenews di sini hari ini.
Turut hadir, Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Iteenews Mohd Haikal Mohd Isa dan Pengurus Kanan Jualan Penyiaran Iteenews Mohd Farhan Mustafa Kamal.
US Pizza yang menjadi jenama kegemaran rakyat Malaysia selama lebih dua dekad mempunyailebih 70 cawangan di seluruh negara, Singapura dan Indonesia.
Dalam pada itu, Yeo berkata US Pizza yang memperoleh sijil halal daripadaJabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi kelebihan kepada rangkaian restoran makanan segera itu untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara terutamanya dinegara Timur Tengah.
— BERNAMA