Afrika isytihar darurat kesihatan mpox

AFrika monyet

GAMBAR fail menunjukkan tangan pesakit mpox di Republik Demokratik Congo. – AFP

ADDIS ABABA – Badan pemantau kesihatan Kesatuan Afrika mengisytiharkan darurat kesihatan awam berhubung wabak cacar monyet (mpox) yang semakin meningkat di benua itu, lapor saluran berita Al Jazeera.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika berkata, pengisytiharan itu dilakukan bagi membolehkan langkah-langkah dilaksanakan untuk tujuan melindungi warga Afrika daripada terkena jangkitan wabak tersebut.

“Kami mengisytiharkan mpox sebagai darurat kesihatan awam bagi keselamatan benua (Afrika).

“Mpox kini telah merentasi sempadan, menjejaskan beribu-ribu penduduk di seluruh benua kita,” kata ketua CDC Afrika, Jean Kaseya semasa taklimat akhbar secara maya.

Menurut data CDC, setakat 4 Ogos lalu, terdapat 38,465 kes mpox dan 1,456 kematian berkaitannya dilaporkan di Afrika sejak Januari 2022.

Mpox disebarkan melalui hubungan intim dan ia menyebabkan ruam, gejala-gejala seperti selesema dan luka yang dipenuhi nanah. 

Kebanyakan kes adalah ringan tetapi ia boleh membawa kematian. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *