Lagenda Perluas Operasi Ke N. Sembilan, Beli Tanah Dengan GDV Bernilai RM550 Juta

d73725056791ec1612f0ca2a2c6190d561924935521e7

KUALA LUMPUR, 20 Mac(Iteenews) –Lagenda Properties Bhd (Lagenda) sedang mengembangkan kehadirannyadi seluruh negara dengan langkah strategik meneroka pasaranNegeri Sembilan susulan pembeliantanah di Seremban yang mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM550 juta.

Pemaju hartanah itu menerusi anak syarikat milik penuhnya, Vivafirst Sdn Bhd membelitanah seluas 55.92 hektar di Seremban daripada kumpulan Land and General Bhd dengan harga RM60.19 juta.

Pembelian tanahini merupakan usaha niaga pertamaLagenda diNegeri Sembilan dan negeri yang keenamnya di seluruh negara.

Lagenda dalam satu kenyataan hari ini berkata tanah itu terletak secara strategik di tengah-tengah Senawang, berhampiran dengan taman perindustrian utama dan pembangunan kediaman yang mantap.

"Tapak ini mempunyai kedudukan yang ideal untuk memanfaatkan permintaan kukuh terhadapperumahan mampu milik di kawasan sekitar.

“Dengan infrastrukturnya yang berdekatan dengan kemudahan penting, lokasi ini menawarkan potensi luar biasa untuk pembangunan perbandaran berskala besar, bersepadu dan mampu milik," kata syarikat itu.

Pengarah urusan kumpulan Lagenda Datuk Jimmy Doh berkata sebagai sebahagian daripada pelan pertumbuhan strategiknya syarikat itu aktif meneroka peluang pengembangan di negeri baharu.

“Senawang, dengan akses dekat kepada infrastruktur utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), pengangkutan awam, kemudahan penting, taman perindustrian, dan komuniti kediaman yang mantap, menonjol sebagai lokasi yang ideal untuk kami memajukan misi kami membangunkan rumah mampu milik dalam perbandaran bersepadu.

"Ini akan mewujudkan nilai jangka panjang bagipenduduk dan pihak berkepentingan," katanya.