EDOTCO, DNB Bekerjasama Dengan Lada Jadikan Langkawi Hab Pelancongan Digital 5G Pertama

27b175c7c70813713b6ffbc104e3143367da7fc04aaadKredit: EDOTCO Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Mac(Iteenews) –EDOTCO Malaysia dan Digital Nasional Bhd (DNB) menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan digital pertama di Malaysia yang menyokong perkhidmatan 5G.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata inisiatif itu menandakan satu lonjakan penting dalam transformasi digital Malaysia, memanfaatkan kesalinghubungan generasi akan datang untuk merevolusikan pengalaman pelancongan, infrastruktur pintar, dan peluang-peluang ekonomi di pulau itu.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, EDOTCO dan DNB akan bekerjasama rapat dengan LADA untuk memastikan pelaksanaan infrastruktur 5G selaras dengan matlamat pelancongan dan ekonomi di pulau berkenaan.

"Kesalinghubungan berkelajuan tinggi akan diperluas ke kawasan tumpuan pelancongan utama, termasuk Langkawi Sky Bridge, tapak geo atau geosites, Pantai Cenang, dan hotel-hotel utama," menurut kenyataan itu.

Bagi memacu penerimaan industri terhadap 5G, EDOTCO, DNB, dan LADA juga akan menganjurkan bengkel industri pertama di Langkawi pada bulan depan.

Bengkel ituakan menghimpunkan pengusaha hotel, agensi pelancongan, penyedia teknologi, dan perniagaan tempatan untuk meneroka bagaimana penyelesaian yang berkuasa 5G boleh mentakrifkan semula sektor pelancongan.

Pengarah Perniagaan Malaysia EDOTCOGayan Koralageberkata infrastruktur digital hanyalah salah satu daripada aspek transformasi yang berjaya.

Dalam transformasi ini, EDOTCO dan DNB akan memberi tumpuan bersama untuk memupuk inovasi dan penglibatan industri.

"Bengkel bersama LADA ini akan meletakkan asas bagi strategi transformasi digital jangka panjang di Langkawi.