ABB Sasar Lebih Banyak Kerjasama Dengan Syarikat Tempatan Untuk Peralihan Tenaga Malaysia

1dec010462c6ff416aa237640ac6b1786586c0e5ca954

KUALA LUMPUR, 18 Mac(Iteenews) — Syarikat teknologi global, ABB Malaysia Sdn Bhd berminat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan syarikat dan agensi tempatan untuk menyokong matlamat Malaysia dalam peralihan tenaga.

Naib Presiden Industri Tenaga bagi Asia Tenggara ABB Abhinav Harikumar berkata syarikat telah bekerjasama dengan organisasi sepertiMalaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dalam kecekapan tenaga.

Ia juga bekerjasama dengan universiti tempatan seperti Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam peningkatan kemahiran pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

“Dengan teknologi yang ada, ABB percaya teknologi seperti CCS, hidrogen danlain-lain memerlukan kerjasama menyeluruh untuk melancarkan projek ini, mendapatkan pelaburandan melaksanakannya.

“Oleh itu, dengan (misi) peralihan tenaga, kami amat komited dan sentiasa mencari kerjasama dengan penyedia teknologi lain,”katanya kepada pemberita di sini semalam.

Abhinav turut memuji komitmen Malaysia dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara(NETR).

Beliau berkatadengan adanya teknologi baharu ini, syarikat melihat peluang yang besar untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menambah baik operasi kemudahan sedia ada dengan menyepadukan tenaga lebih hijau dalam operasi semasa.

“Oleh itu, mencari peluang ini dan meningkatkan kebolehpercayaan operasi sedia ada, saya berpendapat itu adalah peluang yang boleh dicapai.

“Apabila melihat kepadajangka sederhana dan jangka panjang serta meneliti landskap industri, kita perlu terbuka terhadap teknologi baharu,” katanya.