MPRC Gesa Penggiat OGSE Pertimbang Kerjasama Strategik

386295a6697dea87fdf153207e05e2fe5fa613fac3ee4

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Mac(Iteenews) — Syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia digesa mempertimbangkan kerjasama strategik untuk lebih berdaya saing dan mendapatkanlebih banyak peluang dalam peralihan tenaga di luar industri.

Naib Presiden Kanan/KetuaOperasi Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) Mustafa Akbar Reza berkatapenggabungan industriOGSEtelah disusun semula untuk memberi tumpuan kepada kerjasama strategik.

“Ideanya ialah terdapat banyak syarikat OGSE dan setiap syarikat tertumpu pada satu perniagaan.

“Terma ‘penggabungan industri’tidak menggambarkan sepenuhnya peluang yang boleh didapati untuk syarikat OGSE dalam membina kapasiti dan keupayaan serta terlalu terhad dari segi apa yang ingin kami capai dalam industri,”katanya kepada Iteenews.

Beliau berkata demikian menjelang pelancaran laporan Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021-2030 (Pelan Tindakan OGSE) pada 20 Mac.

Dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi pada April 2021, Pelan Tindakan OGSE bertujuanmembangunkan sektor OGSE Malaysia yang kukuh, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global.

Pada 2023, terdapat 3,392 syarikat OGSE di bawah Kategori Kerja dan Peralatan Terpiawai(SWEC) yang dilesenkan dan didaftarkan oleh Petronas.

Mustafa berkata kerjasama strategik akan membantu syarikat OGSE mempelbagaikan dan bersaing dengan lebih baik, terutamanya di luar Malaysia, yang juga boleh membantu mereka mempelbagaikan asas pelanggan mereka.