Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Jodi Robinson (gambar fail)
KUALA LUMPUR, 19 Mac(Iteenews) — Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspekperdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.
Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Jodi Robinson berkata usaha negara itu mempelbagaikan portfolio perdagangan itu juga bukan sesuatu yang baharu, khususnya dalam senario keperluan memacu pengembangan berkenaanseiring dengan strategi lebih besar berikutan tindakan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Presiden Donald Trump menaikkan tarif.
Pada 2022, Kanada telahmelancarkan Strategi Indo-Pasifikyang secara khusus memberi penekanan terhadapperdagangan dan pelaburan di pasaran sedang pesat membangun dengan menjadikan aspek pempelbagaian sebagai salah satu terasutamanya.
“Ini menyentuh tumpuan ke atas rantau ini yang juga antara paling kukuh, seperti yang anda sedia maklum, dari sudut pandang ekonomi di dunia,daya tahan rantaian bekalan dan boleh menyediakan (peluang) dagangan untuk syarikat-syarikat Kanada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara The Nation bertajuk “Canada’s Leadership Amid Global Challenge” di BERNAMA TV pada Selasa.
Menjelaskan selanjutnya, Robinson berkata langkah mempergiatkan usaha itu juga merupakan pendekatan menyeluruh kerajaan Kanada dengan semua ketua misinyadi seluruh dunia dengan menumpukan pasukan diperingkat suruhanjaya tinggi sertakedutaan bagi mengenal pasti peluang perdagangan dan pelaburan.
“Sebagai contoh,Kanada dan Malaysia boleh meningkatkan lagi usaha perdagangan dan pelaburan serta bidang keutamaan yang boleh diusahakan secara bersama. Apakah sinergi yang boleh kita ketengahkan bersama? Tidak ketinggalan, usaha untuk meningkatkan eksport Kanada ke Malaysia.
“Begitu juga pelaburan Malaysia ke Kanada dan sebaliknya. Bagi saya, masih ada ruang untuk diperluaskan dalam perkara itu,” katanya.
Robinson berkata delegasi Wilayah Atlantik Kanada berada di Malaysia baru-baru ini bagi misi perdagangan dan pelaburan untuk melihat potensi kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi lautan serta keselamatan marin.