Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Iteenews) –Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar USpada Rabuselepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)dijangka akan memutuskan kadar faedah malam ini.
Pada 8pagi, ringgit meningkat kepada 4.4405/4480daripada dolar US berbanding 4.4450/4490ketika ditutup pada Isnin.
Pasaran ditutup semalam sempena cuti umumNuzul al-Quran.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) cenderung untuk menurunkan kadar faedahapabila ia membincangkan mengenai keputusan kadar faedahlewat hari ini.
“Fed AS mungkin menurunkankadar faedah, pasaran menjangkakan penurunankadar faedah sebanyak tiga kali tahun ini,” katanya kepada Iteenews.
MesyuaratJawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS berlangsung dua hari bermula semalam.
Mohd Afzanizam berkatahasil bon Perbendaharaan AS bercampur-campur dengan hasil 10 tahun jatuh dua mata asas kepada 4.18 peratus manakala nota duatahun kekal stabil pada 4.04 peratus.
Hasil bon Perbendaharaan AS bercampur-campur itu menunjukkan bahawa pasaran kekal berhati-hati menjelang keputusan FOMC.