Lelaki pergi tarawih naik kuda

geli kuda

Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menunggang kuda ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian ramai kerana menunggang seekor kuda untuk menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Indonesia, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Kramat Jati, Jakarta Timur baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @@jibranmhmmd_ memaparkan lelaki berpakaian jubah dan kopiah itu menunggang kuda di tengah jalan. 

Perbuatan itu bukan sahaja mengejutkan warga setempat, malah pengguna jalan raya lain.

Klip video tersebut mencatatkan lebih 6.3 juta tontonan bersama 980,000 komen. 

“Harga seekor kuda lebih mahal daripada  motosikal terpakai,” kata seorang netizen. 

“Ferrari sebenar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI