Insulet
JOHOR BAHRU, 14 Ogos (Iteenews) — Kemudahan pembuatan baharu syarikat peranti perubatan, Insulet Corporation (Insulet) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) di Johor Bahru akan meletakkan syarikat itu secara strategik untuk terus mendahului permintaan besar bagi produk pam insulin tanpa tiubnya di bawah jenama Omnipod.
Insulet dalam satu kenyataan hari ini berkata kemudahan berkeluaasan kira-kira 37,161 meter persegi iaitudua kali ganda saiz berbanding kemudahan pembuatan Insulet di Massachusetts, AS akan mengukuhkan keupayaan operasi global dan daya tahan rantaian bekalan syarikat itu.
Kemudahan baharu itu kini menggaji lebih 350 pekerja sepenuh masa dan syarikat berkenaanmerancang untuk mengembangkan tenaga kerja kepada lebih 1,000 pekerja dalam beberapa tahun akan datangsebagai sebahagian daripada pelaburan US$200 juta (US$1=RM4.41) di rantau ini.
“Kemudahan pembuatan tercanggih kami di Malaysia meletakkan Insulet secara strategik untuk terus mendahului permintaan besar untuk Omnipod, memastikan pelanggan kami mempunyai akses tanpa gangguan kepada produk kami dari wilayah berkembang maju ini yang mempunyai pekerja berkemahiran,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Insulet Jim Hollingshead.
Kemudahan pembuatan baharu itu direka bentuk dengan elemen mampan untuk mencapai pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan pensijilan Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar(LEED) yang merupakansebahagian daripada usaha global Insulet untuk meminimumkan kesan alam sekitar di kawasan tempat ia beroperasi.
Tapak seluas hampir 5.26 hektar itumempunyai lebih daripada 5,700 panel solar, menjana kira-kira 15 peratus daripada keperluan kuasa bangunan.
Selain itu, kemudahan itu termasuk sistem penuaian air hujan bawah tanah dengan tiga unit pemerangkapan yang mampu memenuhi 30 peratus daripada keperluan air landskap sekali gus mengurangkan tekanan pada sumber air tempatan.
— BERNAMA