VS Industry Peroleh Tempahan Baharu Di Filipina, Jangkaan Perolehan Sebanyak RM1.5 Bilion

776282741f9c03689a78074518d9121d61bae7180fb98

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Iteenews) –VS Industry Bhd (VS Industry) memperoleh tempahan baharu di Filipina dengan nilai agregat sebanyak RM1.5 bilion dalam tempoh dua tahun kewangan akan datang.

Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik itu berkata anak syarikat milik penuhnya, VS Industry Philippines Inc telah menerimatempahan baharu daripada pelanggan utama untuk mengeluarkan produk elektronik pengguna terpilih berdasarkan pemasangan binaan kotak (box build) iaitu penyediaan proses menyeluruh daripada peringkat pengeluaran kepada pemasangan, pengujian, pembungkusan, pelabelan dan susunan logistik.

Ia berkata jangkaan sumbangan perolehandaripada pelanggan berdasarkan pesanan yang berulang ialah RM300 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 dan RM1.2 bilion untuk tahun kewangan 2026.

"Ini diperoleh daripada jangkaan terhadap jumlah jualan dan harga, menjadikan agregat hasil yang diunjurkandalam dua tahun kewangan akan datang menjadi RM1.5 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusannya Datuk SY Gan berkata syarikat itu mahu memulakan operasi di kemudahan itu di Filipina dan menyasarkan untuk memulakan pengeluaran besar-besaran menjelang suku pertama 2025.

Untuk memenuhi pesanan baharu, VS Industry Philippines juga telah memeterai perjanjian pajakan dengan ALogis Artico, Inc untuk pajakan seluas 52,782 meter persegibangunan kilang yang terletak di Batangas.

Beliau berkata syarikat itu telah memilih model ringan aset secara strategik untuk penerokaannya di Filipina sebagai elemen teras strategi pengurusan risikonya.

“Oleh itu, kemudahan kumpulan di Filipina disewakan, iasecara ketara mengurangkan komitmen kewangan kami. Kumpulan initelah memperuntukkan kira-kira RM100.0 juta untuk perbelanjaan modal yang akan dibiayai menerusidana dijana secara dalaman.

"Pemasangan mesin akan dimulakan tidak lama lagi dengan sesi percubaan dijalankan selepas itu," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *