Syurga Cookies Homemade, Platform Asnaf Dan Ibu Tunggal Jana Pendapatan

Pengusaha \’Syurga Cookies Homemade\’, Azie Izhar dan suami, Azley Alias menyusun stok biskut raya yang baharu diterima daripada vendor ketika ditemui hari ini.

ALOR GAJAH, 14Mac (Iteenews) — Memulakan perniagaan dengan niat berkongsi rezeki bersama vendor kuih raya dan pelanggan, Syurga Cookies Homemade yang diusahakan oleh Azie Izhar kinimenawarkan lebih 200 jenis biskut raya dan kerepek hanya pada harga RM10 sebekas.

Azie, 39, berkata kesemua biskut raya dan kerepek dihasilkan sendiri olehhampir 10 vendor, termasuk asnaf, ibu tunggal dan saudara terdekat itu dihasilkan setiap hari mengikut kuantiti permintaan.

Ibu kepada tiga cahaya mata berusia tiga hingga 19 tahun itu berkata Syurga Cookies Homemadeyang beroperasi di Jalan Keretapi Lama, Kampung Gangsa di sini sejak 2022 itu turut mempunyai 100 ejen dari dalam dan luar Melaka, termasuk Singapura dan Brunei.

"Perniagaan Syurga Cookies Homemade ini tercetus pada 2017 secara dalam talian kerana ingin membantu asnaf dan ibu tunggal menjual kuih raya yang dihasilkan agar mereka dapat berdikari dan tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak.

"Alhamdulillahpada 2022, saya dan suami, Azley Alias mengambil keputusan menggunakan sebahagian ruang di rumah mereka untuk dijadikankedai kecil menjual semua biskut raya dan kerepek yang dihasilkan vendor kami," katanya kepada pemberita di Syurga Cookies Homemade di sini.

Azie yang turut mengusahakan perniagaan hamper dan cenderahati berkata Syurga Cookies Homemade bukan hanya beroperasi sepanjang Ramadan tetapi setiap hari dengan pelbagai jenis kuih raya moden dan tradisional.

Ad Banner

Kuih raya yang ingin dipasarkan di kedainya juga perlu melalui saringan kualiti dan rasa bagi memastikan kuih yangdijual pada standard terbaik sertatidak mengecewakan pembeli.

"Walaupun kuih berkenaan dijual pada harga Rahmah iaiti RM10 sebekas dan kami ambil komisen pun hanya RM0.50 sebekas, saya dan suami amat mementingkan rasa dan kualiti kuih raya yang vendor ingin hantar di kedai," katanya.

Setakat ini, dia bersyukur dapat memastikan bekalan kuih raya di kedainya sentiasa ada agar tidak mengecewakan pengunjung yang kadangkala terpaksa beratur panjang untuk membeli.