Kredit: DOSM
KUALA LUMPUR, 13 Mac(Iteenews) –Pengeluaran getah asli Malaysia turun20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagaimanapun,DatukSeri DrMohd Uzir Mahidin berkata pengeluaran meningkat sebanyak 0.2 peratus daripada30,287 tan metrik padaJanuari2024.
“Pengeluaran getah asli pada Januari 2025 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (87.0 peratus) berbanding sektor estet (13.0 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata jumlah stok getah asli pada Januari 2025 meningkat 6.0 peratus kepada 177,936 tan metrik berbanding 167,801 tan metrik pada Disember 2024.
“Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 87.5 peratus diikuti kilang pengguna getah (12.4 peratus) dan estet getah (0.1 peratus),” kata Mohd Uzir.
Sementara itu, Jabatan Perangkaan melaporkan eksport getah asli Malaysia berjumlah 44,337.6 tan metrik pada Januari 2025, menyusut0.001 peratus berbanding Disember 2024 (44,337.8 tan metrik).
China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah aslimenyumbang43.6 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Januari 2025 diikuti Jerman (11.1 peratus), Emiriah Arab Bersatu (9.3 peratus), Amerika Syarikat (7.6 peratus) dan Portugal (3.0 peratus)
“Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang getah. Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.4 billion pada Januari 2025, turun8.1 peratus daripada RM1.5 billion, pada Disember 2024,” kata jabatan itu.
Selain itu, Jabatan Perangkaan melaporkan harga purata bulananlateks pekat susut sebanyaktigaperatus kepada678.42 sen sekilogram pada Januari 2025 berbanding699.35 sen sekilogram pada Disember 2024, manakala sekerap turunsebanyak 1.9 peratus kepada 743.27 sen sekilogram daripada757.28 sen sekilogram sebelumnya.