Caruman i-Saraan Berjumlah RM2.6 Bln Pada 2024 – Amir Hamzah

36393134d57a25d5a09abbdd62d82f0667c412781439a–file/fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Iteenews) — Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata peruntukan insentif kerajaan adalah sebanyak RM114.8 juta yang melibatkan 529,667 ahli daripada jumlah keseluruhan itu.

"Ini adalah peningkatan yang ketara berbanding jumlah insentifkerajaan sebanyak RM54.7 juta kepada 383,082 ahli pada 2023 dan RM33.2 juta kepada 291,743 ahli pada 2022.

"Dengan itu, jumlah caruman diterima untuk i-Saraan bagi 2023 adalah sebanyak RM1.44 bilion berbanding RM888 jutapada tahun 2022," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Hasbie Muda yang bertanya mengenai jumlah peruntukan dibelanjakan bagi program i-Saraan dan i-Suri di bawah KWSP.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan program i-Saraan dengan menaikkan insentifpadanan daripada 15 peratus kepada 20 peratus, tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup sebanyak RM5,000 bagi setiap individu di bawah Belanjawan 2025.

Kelayakan insentif adalah bagi umur di bawah 60 tahun, katanya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah memaklumkan seramai 75,196ahli telah menerima insentif kerajaan berjumlah RM11.4 juta dibawah skim program i-Suri KWSP.

Bilangan penerima insentif ini telah meningkat sebanyak 77 peratus berbanding 42,759 ahli pada tahun 2023, tambahnya.