Tunku Zain Al-\’Abidin Dilantik Penaung Hospital UCSI

SEREMBAN, 12 Mac (Iteenews) –Tunku Zain Al-’AbidinTuanku Muhriz dilantik sebagai penaung Hospital UCSI sempena sambutan ulang tahun keempat hospital itu.

Dalam ucapannya, Tunku Zain Al-’Abidinmenzahirkan penghormatan diatas pelantikan itu dan bersedia menunaikantanggungjawab dengan penuh dedikasi, komitmen dan akauntabiliti.

“Saya berharap kita dapat terus bekerjasama bagimeningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan dan memastikan setiap pesakit dihargai dan dijaga dengan penuh belas kasihan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Hospital UCSI di sini hari ini.

Tunku Zain Al-’Abidinyang jugaPro-Canselor Universiti UCSI turutmemuji kemajuan Hospital UCSI khususnya program Rakyat Wing yang menyediakan rawatan perubatan mampu milik kepada kumpulan B40 dan M40, serta pekerja asing yang tidak diinsuranskan.

“Melalui Yayasan Munarah,saya berkhidmat sebagai presiden dan penaung, kami bersedia bekerjasama dengan Hospital UCSI menerusi program Rakyat Wing bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Tunku Zain Al-’Abidinturut menggesa pemimpin kerajaan dan penggubal dasar mengiktiraf peluang ditawarkan menerusi programRakyat Wing dan mengambil langkah proaktif untuk meringankan beban hospital awam.

Ad Banner

“Ini bukan soal persaingan tetapi kerjasama untuk kepentingan rakyat. Sudah tiba masanya untuk melangkaui pemikiran yang lapuk dan mengambil tindakan berani untuk menghubungkan sumber yang ada dan menyokong komuniti dengan lebih baik,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialahPengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UCSIDatuk Peter Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSIProf Emerita Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir dan Pengerusi Kumpulan Penjagaan Kesihatan UCSITan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran Pusat Pendidikan dan Latihan Perubatan, tambahan terbaharu kepada Hospital UCSI.