VentureTech Labur Dalam Pomen Untuk Pacu Pendigitalan Penyelenggaraan

3f02ed78e0c5124df4cf62570af0df9f67d18e713289bkredit : VentureTECH

PUTRAJAYA, 12 Mac(Iteenews) — VentureTech Sdn Bhdtelah mengumumkan pelaburan strategik dalam Pomen Autodata Sdn Bhd untuk memacu transformasi digital dalam penyelenggaraan armada dan pengurusan tenaga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif VentureTech Ahmad Redzuan Sidek berkata perkongsian itu akan mempercepatkan pertumbuhan Pomen selain meningkatkan platform inovatifnya, seterusnya mendigitalkan ekosistem untuk perkhidmatan dan operasi yang berkaitan.

Pomen adalah syarikat Bumiputera yang memiliki kepakaran dalam penyelesaian perisian-sebagai-perkhidmatan (SaaS) yang komprehensif dengan elemen teras untuk kecekapan tenaga kerja serta pengurusan penyelenggaraan, menghubungkan permintaan dan bekalan dalam ekosistem penyelenggaraan.

“Pelaburan VentureTech akan mengukuhkan keupayaan teknologi Pomen serta memacu pengembangan serantaunya ke Asia Tenggara. Kerjasama ini juga memberi tumpuan ke arah memupuk inovasi, membolehkan Pomen memperbaiki tawaransedia adanya, mengintegrasikan teknologi baharudan memperluaskan platformnya bagi memenuhi keperluan industri yang pelbagai.

“Dengan memudahkan pertumbuhan ini, VentureTech mahu meletakkan Pomen sebagai pemimpin dalam transformasi digital, menyumbang dengan ketara kepada ekosistem teknologi yang semakin berkembang,”katanya melalui satu kenyataan.

Ahmad Redzuan berkata pelaburan syarikat itu dalam Pomen menggariskan komitmen VentureTech untuk memupuk transformatif syarikat-syarikat tempatan yang menerajui inovasi digital, kemajuan sosio-ekonomidan kemampanan alam sekitar.

“Platform canggih Pomen mampu menangani ketidakcekapan dalam ekosistem penyelenggaraan armada serta pengurusan tenaga kerja, memperkasakan perniagaan untuk mengoptimumkan operasi sambil mewujudkan peluang bagi usahawan Bumiputera berkembang maju dalam sektor bernilai tinggi.

"Selain meningkatkan kedudukan pasaran Pomen, perkongsian ini akan menjana pekerjaan berkemahiran tinggi dalam teknologi dan kejuruteraan. Dengan mengukuhkan ekosistem digital termasuk mempromosikan penyelesaian teknologi canggih, kami mahu menyumbang kepada aspirasi Malaysia ke arah menjadi hab inovasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pomen, Syed Zulhilmi Tuan Sharif berkata perkongsian dengan VentureTech menandakan satu peristiwa penting bagi Pomen, merealisasikan visinya untuk merevolusikan penyelenggaraan aset dan pengurusan tenaga kerja melalui teknologi inovatif.