Suami isteri mengaku tidak bersalah gaji 30 pekerja Indonesia

Untitled design 2025 03 12T114607.980

Kedua-dua tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggajikan 30 pekerja warga Indoensia tanpa permit yang sah, bulan lalu.

Tertuduh, Chong Chen Huei, 48, dan isteri, Puji Astutiningsih, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah mengambil 30 pekerja warga Indonesia yang tidak memiliki pas yang sah di sebuah kediaman di Jelutong, kira-kira pukul 10 pagi, 27 Februari lalu.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1659/1963, Akta 155 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan memperuntukan hukuman denda maksimum 50 tahun atau penjara tidak melebihi 12 bulan bagi setiap pekerja, jika sabit bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL), Inspektor Wan Muhammad Syamim Wan Azmi manakala pasangan terbabit diwakili peguam M. Sharmila.

Semasa prosiding, Wan Muhammad Syamim memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap Chen Huei yang merupakan seorang ahli perniagaan manakala Puji tidak ditawarkan sebarang jaminan memandangkan dia merupakan warga asing.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap Chen Huei dengan seorang penjamin dan isterinya, RM30,000 serta dua penjamin warga Malaysia

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan pasangan terbabit menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah sehingga kes tersebut selesai manakala Puji pula dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan. Kes tersebut akan disebut semula pada 15 April depan.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, Kosmo! difahamkan hanya tertuduh lelaki sahaja membayar jaminan yang dikenakannya. – https://amiminerals.org/