Kenaikan 25 Peratus Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang Kukuhkan Belanjawan Negeri

69e6d80532c89a0258cc6ed03c8085b367ce907d3fc55

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Iteenews) –Kenaikan 25 peratus dalam kadar pemberian mengikut bilangan orangkepada kerajaan negeri, berjumlah RM548 juta berkuat kuasa 2026, merupakan langkah signifikan untuk menyokong belanjawan negeri.

Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Dr Yeah Kim Leng berkata kesan pengganda tidak langsung akan meningkatkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, tetapi yang lebih penting, perbelanjaan yang meningkat akan memberi manfaat kepada ekonomi negeri.

“Ini akan menyumbang kepada penciptaan pekerjaan, pembangunan infrastruktur, dan penambahbaikan lain yang meningkatkan taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat,” katanya kepada Iteenews.

Beliau mengulas pengumumanPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewanganbahawa kadar pemberian mengikut bilangan orang yang diagihkan kepada kerajaan negeri akan dinaikkan sebanyak 25 peratus, atau RM109 juta, kepada RM548 juta berkuat kuasa 2026.

Kadar baharuitu diluluskan semasa mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.

Yeah berkatameskipunkenaikan ini tidak mencukupi untuk menampung sepenuhnya kenaikan inflasi dan kos tadbir urus sejak 2002, ia merupakan pelarasan besar yang akan membantu kerajaan negeri mengimbangi belanjawan mereka dan meningkatkan perbelanjaan untuk memperbaiki kebajikan dan kehidupan rakyat.

“Disebabkan sumber pendapatan yang terhad dan ketidakmampuan untuk meminjam tanpa kelulusan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri akan terus bergantung pada peruntukan persekutuan, terutamanya untuk pembangunan dan pembiayaan pelaburan berskala besar di peringkat negeri,” katanya.

Beliau turut berpendapat bahawa desentralisasi fiskal, yang membolehkan kerajaan negeri menggerakkan pendapatan dan membelanjakan untuk keutamaan pembangunan khusus negeri, adalah matlamat jangka panjang yang wajar.