Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes
SEPANG, 10 Mac (Iteenews) –Capital A Bhd tiadaperancanganpembayaran dividen dalam masa terdekat susulansyarikat memberi keutamaan kepada usaha penstrukturan semula dan pengurangan hutangnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya,Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkatakeutamaan Capital Apada waktu ini iaitumembayar hutang yang ditanggung semasa pandemik COVID-19, khususnya dalam segmen penerbangannyasebelum mempertimbangkan sebarang agihan dividen.
"Keutamaan saya untuk menyelesaikan hutang yang ditanggung semasa COVID-19. Setelah kami menyelesaikannya, barulah kami akan melihat kepada dividenyang dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat tahun," katanya padasidang media selepas majlisCapital A – Next Chapter di sini hari ini.
Kali terakhir Capital A membayar dividen pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 iaitusebanyak 90 sen sesaham dankini sedang menjalani penstrukturan semula besar-besaran untuk keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17).
Syarikat dijangka menyelesaikan proses tersebut menjelang Mei 2025, bergantung kepada kelulusan pemegang saham dan Mahkamah Tinggi.
Fernandes menekankan sebarang keuntungan yang dijana akan dilaburkan semula ke dalamperniagaan kumpulan vertikal yang sedang berkembangtermasuk Teleport dan Santanselain bukannya diagihkan kepada pemegang saham.
"Sebarang keuntungan, kami akan melaburkannya semulasama seperti yang kami lakukan dengan Teleport dan Santan," katanya.
Fernandes juga berkata keputusan untuk menahan dividen pada waktu ini menegaskan strategi Capital A untuk memperkukuhkedudukan kewangannya sebelum menyambung pembayaran kepada pemegang saham.
— BERNAMA