PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN Disenarai Pendek – Ahmad Zahid

7ee9db324403539c26d1f6dbca95cedd67ced29e5d389Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 10 Mac (Iteenews) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelumtarikh penamaan calon.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah.

"Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini.

Ditanya berhubungkoordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang jugaPresiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman.

"Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi saya dan saya telah berbincang dengan Jawatankuasa War Room di peringkat nasional mengenai gerak kerja yang telah dijalankan," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Rayamenetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 12 dan22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown.

Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoritiundi dalam persaingan lima penjuru.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada lebih 1,000 penerima sempena programSumbangan Asnaf Parlimen Bagan Datuk dan program Ceria ke Sekolah 2025.