Istana bersama hantu akan dilelong RM28 juta

Geli juta2

ISTANA Carbisdale yang terkenal kerana didiami hantu wanita kini dilelong. – Foto SOTHEBY\’s/THINSTOCK

LONDON – Sebuah istana British di Scotland yang dikatakan didiami hantu bernama Betty kini berada di pasaran dengan harga jualan £5 juta (RM28 juta), lapor portal berita Daily Star semalam.

Istana Carbisdale itu dibeli oleh firma pelaburan London pada 2016  daripada Persatuan Asrama Belia Scotland yang memiliki hartanah tersebut sejak 1945. 

Pernah digelar  ‘Asrama Belia tercantik Britain’, kastil  19 bilik tidur itu kemudian diiklankan untuk dijual pada harga £1.2 juta (RM7 juta). 

Namun, perjanjian jual beli itu gagal dan selepas beberapa tahun, estet seluas 12 hektar itu kembali ditawarkan pada harga £5 juta.

Hantu istana itu terkenal dalam kalangan orang yang tinggal di sana semasa Carbisdale  masih  asrama belia dengan sebuah bilik tidur di tingkat atas digelar ‘bilik hantu’. 

Betty dikatakan berpakaian putih dan muncul di pelbagai ruang di hartanah seluas 3,800 meter persegi itu. – AGENSI