Isteri datuk bandar minta maaf tinggal di hotel ketika banjir

Geli isteridatuk

GAMBAR fail Wiwiek Hargono di Bekasi Timur. – Foto Kompas.com

JAKARTA – Isteri Datuk Bandar Kota Bekasi, Tri Adhianto meminta maaf kerana menginap di sebuah hotel ketika banjir melanda bandar berkenaan, lapor portal berita Kompas.com semalam. 

Wiwiek Hargono menginap di hotel sehingga menyebabkan warga kota berasa kecewa.

“Mohon dimaafkan jika ada kisah-kisah yang negatif (tinggal di hotel),”katanya.

Wiwiek membuat pengakuan itu selepas rakaman video tersebar memaparkan beliau, suami dan keluarganya berada di sebuah hotel.

Wiwiek berkata, dia terpaksa tinggal di hotel kerana rumahnya di Kemang Pratama dilanda banjir.

Dia turut mengaku menginap di hotel itu dengan menggunakan wang peribadinya. 

“Perbelanjaan peribadi. Saya tidak pernah meminta perbelanjaan daripada pentadbiran Kota Bekasi,”kata Wiwiek. – AGENSI