KUALA LUMPUR, 7 Mac (Iteenews) — Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, ketelusan serta kemampanan dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.
Dalam kenyataan bersama hari ini, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA), dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata antara cadangan itu adalahmemaparkan kos purata prosedur dan rawatan biasa di seluruh hospital swasta sertakadar inflasi kos perubatan tahunan bagi memastikan pengguna lebih celik dari segi kewangan.
Aspek lain adalah pelaksanaan penetapanharga kelompokberkaitan diagnostik untuk meningkatkan ketelusan dalam caj perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengebilan.
“Langkah penyelarasan struktur kos antara penyedia penjagaan kesihatan, penanggung insurans, pengendali takaful (ITO) dan pentadbir pihak ketiga adalah penting dalam menguruskan perbelanjaan penjagaan kesihatan dengan berkesan," katanya.
Tiga persatuan itu turut mencadangkan kerjasama dengan Bank Negara Malaysia dalam membangunkan produk insurans dan takaful mampan jangka panjang selainmembenarkan ITO menawarkan skim tambah nilai untuk mereka yang berhasrat mendapatkan perlindungan tambahan.
“Pewujudan pangkalan datatuntutan bagi keseluruhan industri akan meningkatkan analisis tuntutan selain membantu mengurangkan penyalahgunaan.
“Pembayaran bersama produk insurans perubatan, kesihatan dan takaful (MHIT) adalah penyelesaian jangka panjang penting untuk membantu pemegang polisi dan pemegang sijil menguruskan kos dengan menggalakkan tanggungjawab bersama dalam perbelanjaan penjagaan kesihatan.
“Langkah pembayaran bersama, khususnya insurans bersama, boleh menggalakkan penggunaan perkhidmatan kesihatan yang lebih bertanggungjawab," katanya.
Cadangan lain adalah gesaan bagi mengawal selia kos farmaseutikal menerusi kerjasama dengan Kementerian Kesihatanuntuk menggalakkan penggunaan ubat generik dan mengawal selia harga ubat.