Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS

047d44cf51ec16ec109b862881256879677285438f18e

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Mac(Iteenews) — Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat, didorong oleh prospekRizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan faedah serta keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata senario itu menggalakkan perbezaan kadar faedah yang lebih kecil dan menyebabkan ramai pengeksport bertindak melepaskan pegangan dolar AS menjelang pengumuman data gaji bukan perladangan lewat malam ini.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras4.4110/4145 berbanding dolar AS daripada 4.4230/4270 pada akhir urus niaga semalam.

“Pasaran jelas cenderung untuk meningkat dan boleh mendorong kelemahan dolar AS pada minggu depan, sekali gus memberi kelebihan kepada ringgit.

“Jika data gaji bukan perladangan tidak memberangsangkan dan mengukuhkan haluan Fed untuk menurunkan kadar faedah, momentum ringgit juga dijangka berterusan,” katanya kepada Iteenews.

Pada masa ini, beliau berkata kelebihan itu berpihak kepada ringgit dengan unit tempatan itu memanfaatkan kestabilan domestik dan cabaran luaran.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.7070/7115 daripada 5.6964/7015, susut berbanding euro kepada 4.7903/7941 daripada 4.7773/7816 semalam namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9909/9935 daripada 2.9940/9969 sebelum ini.