Tetamu majlis kahwin ‘doorgift’ salad

geli salad

Tangkap layar menunjukkan tetamu menerima cenderahati berupa salad di majlis perkahwinan di Indonesia. – Instagram 

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan detik tetamu yang hadir pada sebuah majlis perkahwinan menerima sayur salad sebagai cenderahati, lapor portal berita Wolipop. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mayasiregar_mc menunjukkan beberapa wanita memberikan salad kepada tetamu selepas selesai bergambar dengan pengantin baharu di atas pelamin. 

Lebih menarik, sayur itu juga kelihatan segar dan dibungkus plastik dengan rapi. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Salad lebih mahal daripada set sudu garfu,” kata seorang netizen. 

“Salad sedap dimakan bersama ‘ayam geprek’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI