Negara Kehilangan Tokoh Ekonomi Terkemuka Tan Sri Dr Kamal Salih

da0ee168d24e80e64185a57ffc7a862867c99f04732ca

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Iteenews) — Negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian tokoh ekonomi terkemuka,Tan Sri Dr. Kamal Salih, 78, di kediamannya di Southville City, Dengkil, Selangor.

Pemergiannya sekali gus meninggalkan legasi besar dalam bidang ekonomi, pembangunan wilayahdan dasar pembangunan negara.

Bekas Pengerusi Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob menyifatkanpemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negarakhususnya dalam bidang ekonomi.

"Saya kehilangan seorang sahabat yang baik dan rakan seperjuangan dalam bidang ekonomi yang terulung di negara kita. Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negarakhususnya dalam aspek pembangunan wilayah," katanya ketika dihubungi Iteenews hari ini.

Sulaiman menekankan Allahyarham merupakan ahlisaintis serantau yang hebat dan pemikir ekonomidiseganidengan sumbangan besarnya kepada kerajaan serta pelbagai sektor ekonomi lain.

Beliau yang menggantikan Kamal sebagai Pengerusi MIER pada 2021turut mengenang peranan penting Allahyarham dalam usaha pembasmian kemiskinan, pembangunan wilayah dan memperjuangkan kepentingan bumiputera.

Sementara itu, Dr. Muhammed Abdul Khalid, seorang ahli ekonomi yang juga pernah menjadi penasihat teknikal kanan kepada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia serta pernah memikuljawatan yang diambil alih daripada Allahyarhammenyifatkan pemergian ini sebagai satu kehilangan yang sangat besar.

"Beliau (Kamal) merupakan tokoh pembangunan ekonomi yang ulungdan kepakarannyatiada tandingan. Pandangan dan nasihat beliau terhadap pembangunan negara amat cekapdan amat jujur dalam tanggungjawabnya sebagai pemikir intelektual.

"Negara kehilangan seorang pakar ekonomi yang beranidan saya secara peribadi kehilangan seorang mentor, cikgu sertasahabat yang amat saya sanjungi dan hormati. Beliau sangat cekap dan beraniserta sentiasa jujur dalam setiap tindakan," katanya.