Sekatan Eksport CIP AI As Boleh Buka Peluang Malaysia Perkukuh Teknologi Tempatan – MITI

d6a41a0a116d8c1bf62eabd035b641e65e90624ec9ae9

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Iteenews) — Malaysia berpeluang untuk menggalakserta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasanbuatannya (AI).

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata langkah itu yang selari dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2023 akan dapat mendorong inovasi tempatan,mempercepat pembangunan ekosistem AI Generatif, serta memperkukuh usaha mencapai sasaran 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Menurut kementerian itu, cip AI juga merupakan komponen penting yang diperlukan untuk operasi pusat data AI dan rantau awan yang kini sedang dibangunkan oleh Amazon, Google, Microsoft dan Oracle di Malaysia.

“Namun, operasi pusat data lain yang memberi perkhidmatan transaksi, e-dagang, media dan penyimpanan data dijangka tidak terjejas oleh sekatan ini.

“Malaysia dilihat akan menghadapi cabaran dalam pembangunan pusat data AI tetapi tidak menjejaskan keseluruhan ekosistem perniagaan pusat data,” kata MITI menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara hari ini.

Kementerian itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong yang memintaMITI menyatakan pandangan kerajaan berhubung sekatan akses penuh cip AI olehASdan sejauh manasekatan ini memberi implikasi terhadap sektor semikonduktor dan pusat data yang sedang giat dibangunkan di Malaysia.

MITI berkata dalam menangani cabaran itu, kerajaan boleh memanfaatkan platform kerjasama dua hala yang telah dibangunkan sebelum ini, termasuk Memorandum Kerjasama dengan AS mengenai Ketahanan Rantaian Bekalan Semikonduktor yang ditandatangani pada 2022.

“Kerjasama itu membolehkan dialog dan pertukaran maklumat mengenai faktor yang boleh menjejaskan rantaian bekalan serta langkah-langkah mencegah gangguan bekalan semikonduktor.

“Oleh itu, Malaysia boleh menggunakan platform ini untuk membincangkan sekatan eksport cip AI secara rasmi dengan kerajaan AS bagi memastikan kepentingan industri teknologi dan pusat data di Malaysia terus terpelihara,” katanya.