\’Kami sentiasa menyayangi awak, Allah sentiasa ada\’

WhatsApp Image 2025 03 06 at 10.32.01 AM

Zira Ayub menitipkan kata-kata semangat buat suaminya.

PETALING JAYA – Di sebalik dugaan berat ditanggung Nabil, isterinya, Zira Ayub tampil menitipkan kata-kata semangat buat suaminya itu dengan menyifatkan segala yang berlaku adalah satu peringatan daripada Allah supaya sentiasa mengingatiNya.

“Kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak. Awak seorang yang penyayang, prihatin dan contoh ayah yang baik.

“Saya akan sentiasa menjadi peminat nombor satu awak selama-lamanya,” tulis Zira di laman sosial Instagram miliknya.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut meluahkan keyakinannya kepada Nabil dan menyatakan bahawa dia percaya pada suaminya lebih daripada apa yang orang lain tahu.

Sementara itu tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang memberikan semangat dan mendoakan kesejahteraan buat Nabil.

“Semua orang sayangkan awak, Insya allah. Selalu sentiasa merendah diri. Masing-masing ada ujian tersendiri. Kami doakan semoga dilindungi oleh Allah selalu Pak Azad, Radin dan semua,” balas Shiera Ijoy.

“Ada hikmahnya. Dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga. Rehatlah nabil. Kebetulan bulan Ramadhan ini,” kata Amieza Tarmizi.

“Salah seorang yang terbaik yang pernah saya kenal, sentiasa kuat abang Nabil,” komen Mark Adam. -KOSMO! ONLINE