Nadhir suka wanita pakai ‘shawl’

WhatsApp Image 2025 03 06 at 10.33.38 AM e1741229274720

Nadhir Nasar antara pelakon yang namanya sedang melonjak naik.

PETALING JAYA – Jawapan spontan Nadhir Nasar, 29, berkenaan pilihan antara wanita memakai tudung bawal atau selendang berjaya mencuit hati peminatnya.

Menerusi sebuah video temu bual bersama sebuah jenama kasut, Nadhir yang mengenakan kemeja putih selamba menjawab lebih gemar wanita yang memakai ‘shawl’

“Suka perempuan pakai ‘shawl’ sebab nampak lagi comel,” jawabnya bila ditanya sebab pilihannya itu.

Tambahnya, bukan wanita yang suka pakai selendang sahaja menurutnya ‘cute’ tetapi wanita yang suka memakai bawal juga sedap mata memandang.

Hantaran yang menerima lebih 23,000 tanda suka turut mendapat pelbagai komen rata-rata peminat setia pelakon siri popular Projek High Council tersebut.

“Hai Nadhir, saya suka pakai shawl hari-hari,” komen @a:fika.

“Saya tidur pun pakai shawl,” balas hawaaa’s

“Okay Nadhir, saya on the way pergi kilang tudung nak borong semua shawl,” tambah mochi. – https://amiminerals.org/