Lelaki lempar kerusi dari tingkat 3 pusat beli-belah 

lempar kerusi

Tangkap layar menunjukkan lelaki itu melemparkan kerusi dari tingkat tiga sebuah pusat beli-belah di Westfield. 

LONDON – Seorang lelaki menerima kecaman ramai selepas melempar kerusi dari tingkat tiga sebuah pusat beli-belah di United Kingdom, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku di pusat beli-belah Westfield Stratford City pada 1 Mac lalu. 

Rakaman yang dimuat naik di media sosial memaparkan lelaki berbaju kelabu itu mengambil kerusi berbentuk bulat sebelum ia dilemparkan ke bawah dari ketinggian 36.57 meter.

Situasi bertambah cemas apabila kerusi itu hampir mendarat beberapa meter dari pelanggan lain. 

Pelaku sempat ketawa sebelum melarikan diri. 

Inspektor Pasukan Polis Stratford, Dan Window berkata: “Polis sedang memburu pelaku yang melemparkan kerusi dari tingkat tiga di pusat beli-belah Westfield. Tiada kecederaan dilaporkan.” – AGENSI