Lori bawa 40 motosikal hangus 

geli lori

Tangkap layar menunjukkan lori membawa motosikal itu dijilat api di Indonesia. – TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan sebuah lori yang membawa lebih 40 motosikal terbakar secara tiba-tiba di sebatang jalan di Indonesia, lapor portal berita NTB Satu semalam. 

Rakaman itu dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @maymunahtj. Ia memaparkan lori tersebut hangus dijilat api ketika sedang bergerak seperti dalam adegan filem Ghost Rider. 

Orang ramai mula panik dan menjauhkan diri ketika menyaksikan motosikal-motosikal itu terbakar sambil mengeluarkan asap tebal ke udara. 

Pemandu lori bahkan sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menjauhkan kenderaan itu dari kawasan penduduk. 

Seorang saksi berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada bahagian enjin salah sebuah motosikal yang diangkut. 

Masih belum diketahui lokasi dan waktu kejadian. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 189,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Pemandu lori sanggup fikir tentang keselamatan orang lain dari dirinya sendiri,” kata seorang netizen. – AGENSI