Jual tanjak boleh dapat ratusan ribu ringgit

tanjak

SITI ZABIDAH menunjukkan sebahagian tanjak bertema patriotik dihasilkannya di rumahnya di Kampung Anak Musang, Bukit Jeruk, Besut semalam.

BESUT – Seorang suri rumah mampu meraih pendapatan sampingan sehingga belasan ribu ringgit hasil menjual tanjak bertema patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bakal disambut akhir bulan ini.

Siti Zabidah Mohd. Nawi, 34, berkata, setakat ini, dia sudah berjaya menjual lebih 1,000 tanjak kanak-kanak tersebut sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya mula menjual tanjak kanak-kanak bertema patriotik tersebut yang laris pada bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia sejak tahun lalu.

“Waktu itu, saya berjaya menjual 777 buah tanjak. Berikutan sambutan menggalakkan itu, pada tahun ini, saya mula menjualnya lebih awal pada bulan Mei lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di

Kampung Anak Musang, Bukit Jeruk di sini semalam.

Siti Zabidah berkata, tanjak bersaiz bebas tersebut sesuai dipakai oleh kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun.

Ibu kepada empat anak tersebut memberitahu, dia yang mempunyai kemahiran menjahit belajar membuat tanjak hanya menerusi perkongsian video di laman YouTube.

“Setiap hari, saya mampu menyiapkan antara 30 hingga 40 buah tanjak.

“Satu tanjak dijual pada harga RM22, namun bagi pembe­lian borong melebihi 20 helai ke atas, saya tawarkan harga RM17 sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *