Datuk Hanifah Hajar Taib
KUALA LUMPUR, 5 Mac(Iteenews) –Kementerian Ekonomi menekankan keperluan untuk membangunkan sertamenguatkuasakan Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (RUU CCUS) selainperaturan berkaitan pengimportan dan penyimpanan karbon dioksida secara kekal di kawasan luar pesisirselewat-lewatnya31 Mac 2025.
Timbalan MenterinyaDatuk Hanifah Hajar Taib berkata hal ini bagi memastikan Malaysia dapat merebut peluang pelaburan dalam jangka masa panjang.
“Penggubalan RUU CCUS itu dilaksanakan berlandaskan pendekatan keseluruhan negara. Kementerian Ekonomi mewujudkan struktur tadbir urus inisiatif CCUS kebangsaan bagi memastikan aktiviti berkaitan CCUS yang akan dilaksanakanseiringdengan keputusan Jemaah Menteri.
“Struktur tadbir urus ini terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan lima Kumpulan Fokus. Struktur tadbir urus tersebutditerajui oleh Kementerian Ekonomidengan keanggotaan daripada wakil pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan, kerajaan negeri, ahli akademiksertapemain industri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU CCUS di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Hanifah Hajar berkata kementerian juga melantik Global CCS Institute sebagai perunding untuk menjalankan kajian bertajuk Malaysia’s CCUS Legal & Regulatory Framework Assessment and Comprehensive Study bagimemastikan penggubalan rangka kawal selia CCUS adalah selari dengan perundangan dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.
Katanya, laporan awalan daripada pihak perunding membandingkan perundangan mengenai CCUS daripada negara-negara yang terlebih dahulu melaksanakan CCUS dan telah pun mempunyai kerangka perundangan domestikseperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah.
“Secara amnya, RUU CCUS ini digubal berdasarkan amalan terbaik CCUS di peringkat antarabangsa dan mengambil kira keperluan pengurusan risiko yang cekap,” katanya.
Menurut Hanifah Hajar, dalam proses menggubal RUU CCUS ini, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga bersetuju kuasa penggubalan undang-undang berkaitan suatu triti, perjanjian atau konvensyen yang hendak dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan, merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 76(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.