Program Hijrah Asnaf Agrobank Beri Peluang Golongan B40 Tingkat Taraf Hidup

efc39e5d3de93bf858def7730f65b9ee67c9074d5cc46 f81ae63090c6de5762a9d7d798ffcc2367c9076033d58 7fa3a848c6c23206840319dc4f47c92d67c907898886b Kredit: Agrobank

Oleh Mohd Noor Iqram Rosli

KOTA BHARU, 6 Mac (Iteenews) — Sejajar usaha membasmi kemiskinan, Agrobank menerusi program Hijrah Asnaf membuka peluang kepada golongan asnaf dan B40 meningkatkan taraf hidup dengan menceburi bidang keusahawanan berkaitan industri asas tani serta produk hiliran berasaskan pertanian dan akuakultur.

Diperkenalkan pada 2021, program itutelah memberi manfaat kepada 457 peserta dari seluruh negara, termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AgrobankDatuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata program inovatif itu mencerminkan komitmen Agrobank terhadap pembangunan pertanian lestari dan kesejahteraan sosial.

"Bagi tahun ini, seramai 466 peserta lagi dijangka menerima manfaat program berkenaan. Peruntukan diberikan berdasarkan bilangan peserta, keluasan tanah, tempoh projekserta bidang diceburi seperti tanaman, ternakan, akuakultur dan produk hiliran.

"Peserta juga dibimbing mengenai teknik moden dan teknologi dalam bidang masing-masing. Selain meningkatkan pendapatan individu, program ini turut membantu menjana peluang pekerjaan dalam komuniti," katanya.

Sementara itu,Zamri Mat Hassan, 54, yang mengusahakan tanaman tembikai di Tok Bali, Pasir Puteh, telahmenyertai program itu pada 2023 dan mendapat latihan bagi meningkatkan kemahiran melalui Agrobank Centre of Excellence (ACE) serta agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian.

"Sebelum ini, hasil tembikai yang saya usahakan hanyasekitar 10,000 kilogram semusim, tetapi selepas menyertai Hijrah Asnaf, ia meningkat kepada 20,000 kilogram semusim dengan keluasan tanah 0.8 hektar.

"Permintaan juga bertambah sehinggakan tidak menang tangan. Pelanggan datang dari seratanegara seperti Kuala Lumpur, Johor, Selangor, malah dariSingapura," katanya ketika ditemui Iteenews di Kampung Haji Omar, Semerak, Pasir Puteh, baru-baru ini.